Wednesday, August 19, 2009

TIRAM TRAVEL SDN BHD.
No.63B, Lorong Haruan 5/3,
Oakland Commerce Square
70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
TEL: 06-6336599 FAX :06-6336596 H/P: 012-2711971, 017-9777071

Tuan,
JEMPUTAN UNTUK MENGERJAKAN UMRAH/ HAJI BAGI TAHUN 2009/2010 DAN JUGA MENYERTAI PROGRAM AQIQAH,QURBAN,UPAH HAJI DAN PAKEJ-PAKEJ PERLANCUNGAN MUSLIM DALAM DAN LUAR NEGARA.

Merujuk kepada perkara diatas pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk memperkenalkan produk-produk perkhidmatan syarikat kami iaitu TIRAM TRAVEL SDN BHD. Caw.SEREMBAN. Syarikat Tiram Travel merupakan salah sebuah syarikat dibawah kelolaan kerajaan Johor iaitu Johor Corporation.

Untuk pengetahuan pihak tuan/puan pihak Johor Corp.telah mewakafkan keseluruhan syer-syer mereka di Tiram Travel iaitu sebanyak 75% kepada tabung wakaf yang dikelolakan oleh WAKAF AN-NUR,J-Corp. Oleh yang demikian disamping pihak tuan dapat beribadat, pihak tuan/puan juga secara tidak langsung menyokong usaha murni kami dalam pembangunan wakaf untuk kepentingan umat Islam di Malaysia/Dunia.

Pihak kami amat-amat berterima kasih kepada semua yang menjayakan usaha murni kami untuk merealisasikan program ibadah dan wakaf untuk semua muslimin dan muslimat. Kami amat-amat berharap agar brosur dan pamlet ini dapat diedarkan kepada seluruh warga kerja dibawah tanggungan pihak tuan. Pihak kami juga mengalukan sebarang pertanyaan dan permohonan boleh dibuat terus kepada pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.

Semoga dengan kerjasama dan sokongan dari pihak tuan ini dapat menjadi pemangkin pembangunan ummah dan meneruskan kesinambungan usaha J Corp untuk menyumbang kepada pembangunan Islam.

Sekian,

Terima kasih.


Mohd Sidek Bin Kasim
Eksekutif Umrah/Haji,
012-2711971

1 comment:

  1. http://awak2010.blogspot.com/2010/01/umrah-dengan-tiram-travel.html

    Tolong beri penjelasan, betul ke?

    ReplyDelete